Salam semuanya.
Tahu SDO tu apa?
SDO itu ialah Social Development Officer atau cakap melayu bermakna Pegawai Pembangunan Sosial. Macam Social Worker tapi bukan Social Worker. Walaupun ada perkataan worker, tapi ia bukan Worker's Party k...Haha, semangat GE. Ok2 dah nak mula merepek.
Jadi nak katanya, SDO ni macam aje Social Worker tapi tak qualify pun. Kecuali lah sesiapa yang memang graduate dalam bidang Social Work. Aku ni graduate bidang Syariah. Entah macam mana terdampar di bidang ni. Hehe...tapi pasti ada hikmahnya.
Ayah selalu tanya, bila nak berhenti ni? Bila nak kerja mengajar? Mengajar kan bagus, ayah kata. Ayah nak sangat aku mengajar....berkongsi ilmu dengan anak murid sebab bila kita mengajar kitra akan terus belajar. Kerja SDO ni tak mengajar. Kita banyak buat kerja admin, tulis report, kira statistik, call clients suruh datang program dan yang sewaktu dengannya. Tapi antara banyak-banyak, aku paling suka bila pergi home visit rumah klien. Menginsafkan. Membuatkan aku rasa bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan buat aku sekeluarga.
Aku mula bekerja sebagai SDO pada 9hb Julai 2008. Dah lama kan? Dah masuk 3 tahun, 9 bulan. Lama juga ye. Aku pun tak sangka aku boleh bertahan buat kerja-kerja admin yang takde kena mengena bidang pengajianku.
Cuma, sedikit sebanyak apa yang aku dapat selama 3 tahun lebih ini ialah:
1) Allah nak ajar aku bersabar- dalam ertikata yang sebenar. Layankan klien yang depression, yang lost, yang tak yakin pada diri hingga buat keputusan-keputusan yang merugikan diri sendiri dan keluarga. Mereka bukan tak tahu, tapi mereka tidak MAMPU. Tidak kuat untuk melawan tekanan dan tidak tegas pada diri sendiri dan keluarga dalam membuat sebarang keputusan.
Haha...tapi kadang-kadang aku rasa,dengar klien bercerita, aku pun lost sama. :)
2) Allah nak ajar aku memaafkan- dengan seikhlasnya. Bila ada klien yang 'bohong', yang beri alasan, yang sengaja cari pasal. Aku harus tegas namun beri peluang lagi. Maafkan dan beri kepercayaan bahawa dia mampu berubah. Susah tu!
Tulis kat blog ni memang senang. Nak buat bukan mudah. Sekarang baru aku tahu, rupanya meminta maaf itu masih mudah berbanding dengan memberi maaf. Rasulullah s.a.w itu kekasih Allah, seorang yang amat mulia yang mampu memaafkan dengan seikhlasnya dan memberi sepenuh kepercayaan kembali walaupun terhadap musuh. Susah sangat. Hanya kekuatan dalaman yang mampu memberi kita kekuatan kemaafan.
3) Allah nak ajar aku bersyukur. Bersyukur dalam ertikata redha untuk diperlakukan apa sahaja sebagai hamba Allah. Bersyukur ketika senang, bersyukur ketika susah. Bersyukur dengan keikhlasan yang seratus peratus. Hmmm....
Itulah 3 take away yang mampu aku fikirkan saat ini. Nampak sikit aje...tapi Allah nak aku belajar dan pratikkan. Belajar dan meyakini. Belajar dan mensyukuri. Belajar dan menyayangi diri sendiri. Belajar dan merasai kewujudan Allah & bicara Allah dalam setiap peristiwa dan pengalaman harian.
Jadi sekarang, masih nak jadi SDO lagi?




No comments:
Post a Comment