10.3.10

Bipolar disorder - 21 Feb 2010 @ FB

Membaca artikel di saifulislam.com http://saifulislam.com/?p=957, membuatkan aku berfikir, merenung dan menganalisis.

Sungguh sukar memahami manusia tetapi sungguh mudah untuk kita menghukumi dan menyalahkan.

Atas dasar hak, sanggup kita menyalahkan/mengaibkan saudara seislam kita sendiri yang mungkin sebenarnya sedang 'sakit' dan amat memerlukan bantuan kita, saudaranya.

Tapi, kita bukan sahaja tidak mahu berempati malah sudah penat untuk bersimpati.

Sudah tidak kuasa membantu malah terus mempersalahkan.

Sungguh, semakin pupusnya rasa ihsan di hati-hati kita...

Kita mungkin tidak pernah tinggal solat.

Kita juga mungkin rajin berselawat.

Kita sering ke kuliah-kuliah agama.

Kita berlaku baik dengan manusia-manusia yang baik di sekeliling kita.

Tapi tanpa sedar...

Kita ber'kasar' dengan saudara yang amat memerlukan.

Kita me'mulaukan' saudara kita yang lagi 'sakit' dan membiarkan dia terus tenat.

Mungkin tanpa kita sedari, kita lebih suka 'sakit' itu terus merebak lantas berjangkit kepada orang lain.

Biarlah mereka...asalkan kita selamat...asalkan kita bahagia...

Jika masih dibantu dengan doa tulus dari jauh tidak mengapa juga...

Jika dari kejauhan, doa dipanjatkan agar ada manusia yang datang membantunya... kerana kita tahu daya ketahanan diri terlalu rendah dan amat parah jika kita juga terjangkit sama.

Dari jauh, kita merasa simpati dan terus mendoakan.

Dari jauh, kita semakin bersyukur kerana diselamatkan Allah dari penyakit itu lantas, kita menjadi semakin merendah diri. Bukan menjadi semakin bongkak dan merasa diri sahaja yang benar.

Tetapi...

Jika tidak... Siapakah yang 'zalim' yang sesungguhnya?






... dan kita dengan tidak rasa malu mengaku mencintai Rasul s.a.w tercinta, tetapi...MANA BUKTINYA?


Moga Allah mengampunkan dan membantu kita memperbaiki segala kesalahan & kekhilafan serta memahamkan erti ukhuwah sehebat kaum Ansar & Muhajrin yang sesungguhnya...Aamiin.



P/S: Jika saya merupakan 'pesakit' dengan simptom-simptom penyakit...harus lebih berlapang dada dan bersegeralah berubat agar tidak terus menzalimi diri sendiri dan orang sekeliling...Moga Allah permudahkan semuanya.