24.3.09

Hikmah Sakit

Salam semua...lama tidak menjengah di sini...biasa, alasannya sibuk sahaja...

:) betulkah sibuk?





Oklah, hari ini aku nak menulis sesuatu yang sudah kutangguhkan dari hari ke hari. Satu peristiwa atau keadaan yang terjadi yang aku sendiri tidak mahu ia terjadi. Tetapi aku tahu itu semua adalah hasil "permintaan"ku tanpa aku sedari.

Aku sering berkata pada diriku, Zuwainah agak-agak kalau bekerja, mesyuarat, buat kerja sukarela, bermuamalah dengan manusia di sekitaranku. Kataku, agak-agak jangan terlalu memaksa diri nanti penat, nanti sakit. Aku berkata lagi, tidur mesti cukup agar aku punya tenaga untuk kusumbangkan kepada manusia sekelilingku dan mereka yang memerlukan.

Aku sering merasa jika bertentangan dengan "prinsip" hidupku maka aku harus menolak untuk membuat kebaikan kerana aku harus jaga diriku, aku harus cukup tidur, aku harus rehat secukupnya, aku harus tidak terlalu penat sebab nanti esok kalau kerja, tak bermaya.

Hmm, tapi aku lupa segala tenaga itu datang dari Allah. Dan nak dijadikan cerita bila aku menafikan sesuatu kebaikan hanya dengan alasan PENAT...well,Allah benar-benar menunjukkan kepadaku bahawa segala sesuatu itu datang dariNya. Ok Zuwainah, kau penat, kau nak balik, kau tak mahu buat kebaikan, kau pasti bahawa kau mampu MEMASTIKAN yang segala-galanya akan baik-baik sahaja?

Kau lupa Zuwainah atau mungkin sengaja kau lupakan. Dahulu, dan sekarang juga pasti ada alim ulama',mereka yang dekat dengan Allah bekerja seharian dan menghidupkan malam-malam mereka dengan ibadah. Siang harinya berjumpa manusia, bekerja mencari nafkah, bermuamalah. Malamnya diisikan dengan ilmu, membaca buku, menganalisa, mengarang, membaca Al-Quran, solat Sunat dan bertafakur;merenung ciptaan Allah. Esoknya disambung dengan pekerjaan lagi, bermuamalah lagi dan malamnya dipenuhi dengan ibadah dan seterusnya.

Tidur mereka hanya sepertiga malam, membaca dan menganalisa ilmu sepertiga yang lain dan sepertiga yang akhir itu mereka gunakan untuk bertahajud;mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta dan mereka tetap cergas, dan memulai hari esoknya dengan penuh semangat dan keceriaan kerana mereka YAKIN bahawa segala masalah dan kesulitan mereka pasti ada jalan keluarnya. Allah pasti membantu. Mereka PASTI itu. Sangat PASTI. Tidak seperti aku, sekejap yakin, sekejap lagi yakinku berkurang...belajar aje rukun iman...Percaya Kepada Allah...Percaya Kepada Qada' dan Qadar...Percaya Kepada Malaikat, bahawa malaikat ALLAH PERINTAHKAN UNTUK MENJAGA KITA... MENDOAKAN KITA BILA KITA PERBUAT KEBAIKAN...MENJAGA KITA DARI GANGUAN... kita kata percaya...hafal memang hafal rukun iman sepenuhnya...tapi yakinnya berapa peratus? Harus praktikkan 100%, yakin 100 % dan iman memerlukan amal...maka amal juga harus bersandarkan 100% dengan keyakinan dan keimanan.

Jadi dipendekkan cerita, aku sakit sejak hari tu...lama sekali lebih sebulan aku batuk tak berhenti, demam, tak selera makan, muntah-muntah dan kadangkala sakit kepala dan selsema. Aduh! Nak pergi kerja rasa lemah, sampai kerja sejuk kena air-cond buat diriku makin lambat kebah. Asal aku bercakap, aku batuk. Pekerjaanku memerlukan aku berinteraksi. Badanku yang sedia lemah semakin lemah dibuatnya. Lebih 3 kali aku pergi ke Doktor. Macam-macam ubat dah makan. Lebih 3 hari aku ambik cuti, MC;nak rehat. Tapi takdir Allah, aku cukup rehat;cukup sangat. Makan pantang, makan ubat jaga tapi tak baik-baik juga. Dalam resah aku senyum sendiri.

...kerana ketika itu aku tahu, Allah sedang berbicara denganku. Allah sedang memerhatiku. Allah sedang menuntunku. Agar aku menjadi manusia yang benar-benar beriman, beramal sesuai dengan keimanan, pasrah dan redha dalam erti yang sebenar. Ikhlas melalui segala kesusahan dan musibah. Kerana, itu semua datang dariNya dan Dia sahaja yang mampu mentakdirkan sebaliknya. Kita manusia hanya harus usaha sesuai dengan keimanan, berusaha sesuai dengan ilmu pengetahuan berteraskan Al-Quran dan Sunnah Rasullullah s.a.w

...dan sekarang selepas aku di"tegur" agar jangn merintih penat, haruskah aku terus merintih aku "sibuk"?

Sedangkan rasa "penat" itu lebih kerana kepentingan diri dan peribadi berbanding untuk kepentingan Allah dan Rasul s.a.w. Begitu juga "sibuk"ku sekarang ini adakah 100% untuk Allah dan Rasulku?

.......rintihan itu satu doa, jangan biarkan ia benar-benar di"makbulkan"...ikhlaskan segalanya...

Zuwainah, ikhlaskan...pasti disItu ada KETENANGAN...

No comments: