26.12.09

KUNJUNGAN SYEIKH YUSUF KE SINGAPURA

1. Menjemput al-ahbaab ke kediaman Ukhti Suraya dialamat:

Blk 550 Bedok North Ave 1 #05-506
Masa : 11.30 pg.

2. Mempersilakan para hadirin (umum) untuk bersama meraikan pada jam 3 ptg.

__________________________________________________________

~Biografi Syeikh Yusuf Al-Bakhour Al-Hasani


Sheikh As-Syarif al Imam Yusuf Muhyiddin Riq El-Bakhur Al-Hasani. Beliau berketurunan Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husein r.a., kedua-dua cucu kesayangan Rasulullah s.a.w.

KELAHIRAN DAN KEHIDUPAN BELIAU:
Beliau dilahirkan di Aka, Lubnan. Kini, beliau tinggal di Lubnan dan Kanada.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN BELIAU
Pada awalnya, beliau menuntut di Lubnan. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajiannya di Institut Fiqh (Islamic Study) pada tahun 1974 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda. Beliau juga turut mengambil pengajian Sarjana Muda di Al-Azhar dan tamat pada tahun yang sama, dalam bidang Al-Syariah wa Al-Qonun.
Beliau melanjutkan Ijazah Sarjana di Al-Azhar dalam bidang Al-Syariah wa Al-Qonun dan tamat pada tahun 1989. Seterusnya, beliau dianugerahkan ijazah Kedoktoran (Ph.D) Kerhormat daripada Universiti Islam Lubnan pada tahun 1991.

ANTARA GURU-GURU BELIAU:
Beliau mengambil tarbiah sufiyah secara khusus dari As-Sheikh Al-Mursyid Sidi Abdul Qadir Isa r.a. yang merupakan mursyid bagi Tarikat As-Syazuliyah Ad-Darqowiyah.

Setelah dilihat kelayakan Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani, dalam memikul tugas sebagai mursyid, maka Sidi Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. memberi izin wirid 'am dan khas tarikat As-Syazuliyah dan izin irsyad dan tarbiah kepada beliau. Sheikh Yusuf merupakan khalifah Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. yang termuda dari kalangan keempat-empat khalifah beliau.

Sheikh Yusuf Al-Hasani pernah dibawa oleh Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. untuk bertemu dengan guru beliau sendiri iaitu Sheikh Muhammad Al-Hasyimi. Sheikh Muhammad Al-Hasyimi turut memberi izin wirid am dan khas tarikat As-Syazuliyah kepada Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani r.a..

Sheikh Yusuf Al-Hasani bersahabat dengan Sheikh Abdul Qadir Isa sehinggalah ke hujung hayat Sheikh Abdul Qadir Isa r.a.. Setelah kewafatan Sheikh Abdul Qadir Isa r.a., Sheikh Yusuf juga turut mencari mursyid lain sebagai tabarruk dan merasakan diri masih lagi memerlukan tarbiah dari seorang mursyid, walaupun pada ketika itu, beliau sudahpun mendapat izin sebagai seorang mursyid.

Sheikh Yusuf Al-Hasani mengambil bai'ah tabarruk dari Sheikh Sa'duddin Murod, yang merupakan khalifah utama Sheikh Abdul Qadir Isa r.a.. Sheikh Sa'duddin Murod turut memberikan kepada Shiekh Yusuf Al-Hasani izin tarbiah khalwah dan izin wirid am dan khas tarikat As-Syazuliyah.

Bukan sekadar itu sahaja, malah Sheikh Yusuf Al-Hasani turut menemui Sheikh Al-Habib Abdul Qadir As-Saggaf untuk mengambil bai'ah tarikat daripada beliau seterusnya menjadi murid beliau. Sheikh Abdul Qadir As-Saggaf lantas memberi kepada Sheikh Yusuf Al-Hasani, izin irsyad tarikat As-Syazuliyah, kerana melihat keahlian yang dimiliki oleh Sheikh Yusuf.

Di samping itu juga, Sheikh Yusuf Al-Hasani mengambil bai'ah tarikat daripada beberapa mursyid tarikat berlainan lantaran itu, turut menerima izin irsyad dari mursyid-mursyid tarikat tersebut. Antara mursyid-mursyd tersebut adalah:


1.Sheikh Soleh Farfur (tarikat As-Syazuliyah juga)

2.Sheikh Sayyid Muhammad bin Sayyid 'Alawi Al-Maliki (tarikat Alawiyah)

3.Sheikh Uthman Sirajuddin An-Naqsyabandi (tarikat An-Naqsyabandiyah)

4.Sheikh Muhammad Na'im Al-Jailani Al-Asyarafi (tarikat Al-Qadiriyah)

5.Sheikh Muhammad Zaki Ad-Din Ibrahim (tarikat Asyirah Muhammadyah)

6.Sheikh Yusuf Al-Hasani juga meriwayatkan hadis-hadis musalsal dan sanad-sanad hadis dan ilmu agama secara umum dari Sheikh Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki r.a. dan Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim.


AKTIVITI-AKTIVITI BELIAU:
- Pengarah Yayasan Islam Kanada, di Hamilton, Kanada pada tahun 1981 sehingga hari ini.
- Pensyarah di Universiti Islam Lubnan
- Ahli Jawatan Kuasa Majlis Fatwa Lubnan
- Anggota Majlis Ulama' di Syria
- Seorang pendakwah peringkat antarabangsa (Syam, Kanada, Mesir, Jepun dan Asia Tenggara)
- Mursyid atau Sheikh Tarikat Al-Asyirah Al-Muhammadiyah di Hamiton, Kanada
- Murobbi Tasauf khususnya dalam Tarikat Syazuliyah, Qadiriyah, Naqsyabandiyah, Darqowiyah, Alawiyah dan sebagainya.
- Pengasas Dar El-Hasani Center, iaitu tempat perhimpunan anak-anak murid beliau di Mesir.
-Penasihat Kehormat Institut Pngajian Ar-Razi, Pulau Pinang, Malaysia


Kewargaan : Libanon

T. Tgl Lahir : di Libanon pada Tahun 1948.

Jenjang * Menyelesaikan Pendidikan Tingkat Atas di Libanon 1967 M
Pendidikan * Menyelesaikan Pendidikan pada Institut Hukum Islam di Fakultas Syariah
Islam di Universitas Islam Syria 1974 M
* Menyelesaikan Pendidikan Hukum Islam dan Hukum Sivil internasional
pada Fakulti Syari'ah Islam dan Hukum Universiti Al-Azhar 1989 M

Jabatan : * Terpilih sebagai Guru Besar sekaligus wakil Mufti pada Lembaga
Fatwa di Libanon 1975 - 1982 M
* Imam Masjid di Hamilton Canada Amerika Utara 1982 -1986 M
* Pembimbing Spiritual (Murobbi) pada 2 Masjid Bosnia & Hamilton di Toronto,
di samping pada berbagai Komuniti Muslim di Amerika Utara 1992 M

Jabatan lainnya : * Terpilih sebagai da'i kehormatan dan Penasihat umum dalam bidang hukum agama
dan moral Islam
di seluruh komuniti muslim di Amerika Utara.
* Diangkat sebagai khotib Besar di Masjid Agung di Beirut Libanon.
* Teacher Guru Besar Fikih Ushul Fikih di Universiti Al-Azhar.
* Penasihat dan Pembimbing spiritual Tasawwuf dan Studi Islam
di Universiti Ar Razi Malaysia.
* Da'i kehormatan negara-negara Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia, Singapore,
Brunaei, Japan dan lain-lain.
* Pimpinan Umum Persatuan Da'i Tasawuf internasional.


Lain-lain : * Pakar bidang studi perbandingan antara fiqh Hanafiah dan madzhab-mdzhab lain
serta pemikiran Islam.


www.darulhasani.com

24.11.09

Jangan marahi aku Cinta...

Kukirimkan salam rindu pada pawana

...lewat bicara hati

Bibir diam menyimpan cerita...sebutir permata bersalut kaca.

Duhai Cinta,

Payah sekali menafsir mimpi.

Apalagi membaca realiti

Permata bersalut kaca

Permata atau kaca?!

Yang dilindungi atau yang melindungi?

Atau keduanya sama bererti...atau sama-sama tiada erti.

Duhai Cinta...

Apa erti Cinta?

Berkorban apa saja?

Walau harta ataupun nyawa?

Mengabulkan segala cita?

Merealisasikan segalanya?

Impian, harapan, doa dan permohonan?

Cinta,

Ikhlas menerima segala yang diredhaiNya...

Adakah aku benar-benar mencintai DiriNya?!

Atau hanya meminta...meminta dan meminta...

Mengeluh...mengeluh dan mengeluh...

Menangis...menangis dan menangis?!

Tidak syukurkah aku???

Tidak cintakah aku???

Aduhai Cinta,

Jangan marahi aku...

Tidak mengapa jika itu yang Cinta mahu

Aku redha asal aku peroleh Cinta.

Permata atau kaca itu tidak penting.

Hanya yang kumahu...

Setulus anugerah dari CintaMu.

...tidak sanggup lagi aku menangis...tenggelam jauh ke dasarnya, menjauh dari Cinta.

"Ampuni aku, kurniakan aku kekuatan untuk menjadi hambaMu yang bersyukur, berbakti dan bersaksi akan kasih sayang CintaMu."

~'illiyyin nursuci

12.15am, 25 No 2009

5.8.09

Makbulkan Duhai Allah

Dengan penuh kerendahan hati

Aku bermohon,

Moga dikurniakan keikhlasan

ketenangan

kecintaan

hanya padaMu, untukMu dan keranaMu

Moga dikurniakan juga hidayah

taufiq

serta hikmah

dariMu, dengan kasihMu

Moga dikurniakan kesatuan hati

kedamaian jiwa

kebahagiaan ukhuwah

keranaMu, setulusnya keranaMu

Moga Engkau tautkan hati-hati kami dalam cintaMu, kasihMu dan genggamanMu

Moga Engkau leburkan segala sengketa

kesala fahaman

perbezaan pandangan

dan binalah kembali ukhuwah dengan kemaafan

pengertian

penghormatan

dan kuatkanlah ia dengan setulus keikhlasan dan hikmah dariMU

Makbulkan Duhai Allah, Tuhan Yang Maha Memakbulkan.

... Moga tercipta syurga terindah di dunia untuk semua umat manusia berisi sejuta kedamaian.

Amin.

18.7.09

Ma Li Rabbun Siwah

Allah

Tiada Tuhan Selain DiriMu

Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang

Tuhan Pengikat Kasih, Tuhan Pelembut Hati

Tuhan Yang Menyatukan Hati-Hati Manusia

Dalam Kebenaran, Dalam Kasih Sayang

Dialah Allah

Yang Memisahkan PilihanNya dari segala yang mengalpakan

Dialah Yang Menghadiahkan Secebis Taqwa Dan Muraqabah

Dialah Tuhan Yang Mengatur Segalanya.

Tiada apa yang kehilangan jika jiwa menemuiNya

Tiada apa yang sempurna jika jiwa kehilanganNya

Wahai pemilik jiwa...sucikanlah ia dengan Cinta Tulus Hanya Untuk Allah, kerana Allah dan kepada Allah...

(Nasyid untuk ESQ Way 165)

14.7.09

Pakcik, pakcik sihat?

Assalamualaikum.

Waalaikumussalam.

Boleh saya bercakap dengan Encik....

Ya saya.

Encik, saya Zuwainah pegawai dari En-Naeem......Encik apa khabar, sihat?

Hah?! Asal awak tanya saya sihat ke tak?! Apa, awak nak saya mati ke...awak memang suka saya mati cepat kan jadi awak tak perlu sambung bantuan untuk saya! bla....bla.....bla...

???? (aku salah cakap ke? ...tak boleh tanya khabar ke? ...'confused')

12.7.09

Membentuk lelaki sejati...penuh kematangan

"Pemuda Harapan Bangsa

Pemudi Tiang Negara"

Kata-kata yang biasa didengar...perlu diusahakan untuk benar-benar dapat merealisasikan kelahiran Pemuda Harapan Bangsa dan Pemudi Tiang Negara"

Terbaca artikel di saifulislam.com mengenai harapan Saidina Umar terhadap anak-anak bangsa...anak-anak kita semua...

Baca lanjut di http://saifulislam.com/?p=6164#more-6164

Moga bermanfaat...usaha tugas kita, hidayah di tangan-Nya.

11.7.09

Laa ilaaha illAllah

Sesuatu yang kita ingini sesungguhnya...Cinta Allah...dan Dia sentiasa berada di samping kita..dan sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah...Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang.

Rabbani-nawaitu

Lagu kegemaranku ketika menuntut di Mesir dulu...hampir setiap hari putar CD Rabbani yang ada lagu ni... Senikatanya membawa maksud mendalam...

12.6.09

Tenang itu indah

Tenang itu indah

cuma bukan ertinya tanpa gelora...

10.6.09

Hanya itu yang kupinta

Aku sedang kehilangan...kawanku kata aku seperti orang yang kehilangan...

Ya, memang kehilangan...kehilangan pelukan hangat dan doa restu seorang ibu...

kehilangan kata-kata perangsang dan senyum pengertian dari seorang ibu...

merayau-rayau ke tulisanku yang terdahulu...mengulang-ngulang lagu di youtube dalam entriku On this mother's day...dan aku terus hilang...

...dan tanpa sengaja,jenguk-jenguk ke laman saifulislam...terjumpa kata-kata yang sama...

...satu nikmat yang aku kehilangan dan aku hilang bersama hilangnya...

http://saifulislam.com/?p=5829#more-5829

18.4.09

Bila aku jatuh

...atau dijatuhkan...aku sering menyalahkan diri

buat diri menjadi semakin kerdil...hilang semangat dan yakin diri...

dan aku terus hilang dalam diriku sendiri...



Bila kubaca kembali entriku 'Jigsaw Puzzle Kehidupan' aku bagai tersedar kembali...

peringatan dariku untukku sesungguhnya

di saat2 aku perlukan sokongan hati...

mencari keyakinan dan semangat

...di balik hikmah takdirnya Allah...peristiwa yang benar2 menghancurkan hati...

....pasti,

........pasti ada hikmah yang tersembunyi.



Aku hanya perlu belajar ikhlas...ikhlas yang sebenar.

Aku juga perlu belajar yakin, yakin yang sesungguhnya.

Aku juga harus belajar percaya, percaya bahawa segala sesuatu adalah kerana CintaNya.



...kerana aku tidak benar-benar merasai, kerana itu aku terus merintih...

Diamlah hati, diam dari rintihan.

Diamlah hati, diam yang menenangkan.

Moga Allah memberkatimu. Moga Allah memberkatimu. Moga Allah memberkatimu duhai hati!

27.3.09

Jigsaw Puzzle

Salam semuanya.

Selamat Pagi! :)

Jam sekarang 12.54 pagi. 27 Mac 2009.

Entah mengapa jari2 ni 'gatal' nak menaip di blog padahal ada tiga artikel nak diedit dan perlu dihantar esok. Takpe, besok pagi boleh buat...heheheh...lagi pun edit je bukannya disuruh karang artikel panjang2, iye tak?

Ok2 serius. Hmm, nak tulis pasal apa eh? Hmm...

Nak cerita pasal Jigsaw Puzzle...kalian tahu apa tu Jigsaw Puzzle?...Tahu? Ke tak tahu? Ok2 pasti semua tahu.

Nak katanya, hidup ni macam Jigsaw Puzzle...kena pasang-pasang baru dapat gambar yang sempurna. Kalau silap pasang jadilah gambarnya tunggang terbalik. Mungkin gambar mata kat buku lali kaki, gambar telinga kat peha sebelah kanan atau gambar kuku jari kat dahi dekat ubun-ubun kepala. :) Jadi kita harus ada gambar sebagai pembantu atau petunjuk dalam proses pemasangan tersebut. Barulah jadi cantik dan sempurna.

Katalah gambar dah ada tapi kepingan Jigsaw Puzzle tak cukup. Gambar tak jadi juga kan?! Betul Tak?

...Begitulah kehidupan.

Pertama: Kita harus cari kepingan-kepingan Jigsaw Puzzle tu dulu.(Ilmu kerana dengan ilmu barulah datangnya keimanan)

Kedua: Pastikan gambar yang dinginkan sama seperti kepingan-kepingan gambar yang kita kumpulkan.

(Gambar: AlQuran dan Sunnah, Kepingan Jigsaw: Ilmu pengetahuan dari pendidikan dan pengalaman berteraskan AlQuran dan Sunnah juga yang pastinya. Tak bolehlah gambar Quran Sunnah tapi kepingannya ilmu iri hati, hasad dengki, ujub riya' yang jelas2 bukan ajaran Quran dan Sunnah. Maka tak akan jadilah gambar Jigsaw yang sempurna seperti yang diinginkan. Macam mana nak jadi, iye mana bisa, kepingannya ngak nyambung ...betul ngak?)

Ketiga: Letakkan gambar sebagai petunjuk di hadapan untuk rujukan ketika kepingan-kepingan Jigsaw Puzzle itu dipasang.

( Sentiasa merujuk kepada AlQuran dan Sunnah)

Keempat: Jangan putus asa jika agak keliru dengan kepingan-kepingan yang seakan sama tapi teruslah berusaha.

(Jika ada masalah dan ujian, sabar ajelah dan redha serta cuba ikhlaskan segalanya. Istighfar selalu moga Allah bukakan pintu hidayah dan kemudian hikmah dan pastinya dengan keyakinan yg teguh bahawa Allah pasti membantu dan merahmati segala usaha kita. InsyaAllah pasti ada jalan keluarnya)

Kelima: Selalu2lah rujuk gambar yang telah tersedia. Pasti ada jalan keluarnya. Hendaklah meminta bantuan mereka yang mahir untuk tunjuk ajar. Peringatan, Hanya yang mahir kerana kalau tak mahir nanti tak pasal-pasal nak pasang Jigsaw gambar kuda jadi gambar monyet pulak dah! Dah satu hal lain nak kena solve the problem.

(Cari lagi dan lagi jawapannya dengan berusaha mencarinya dari AlQuran dan Sunnah serta juga sejarah Rasulullah s.aw, dengan menghayati cara dan akhlak baginda s.a.w berdakwah, bermuamalah dan membina kehidupan insan lain. Begitu juga sering-seringlah berdamping dengan orang yang soleh, yang tawadhuk, yang tidak bnermegah dengan ilmu, darjat atau anak murid,yang tidak diminta dihormati, yang tidak membezakan sesama, yang menjaga syariatnya, yang tidak mengambil kesempatan ke atas kita dan yang berakhlak dengan akhlak Rasulullah s.a.w. Jangan berguru dengan sebarang orang, nanti tak pasal-pasal ilmu sesat pulak diajarnya. Atau mungkin berilmu tapi yang diajarnya kesombongan, riya' ujub dan sebagainya akhlak2 yang dilarang oleh Rasullah s.a.w. Baik-baik nak dekatkan diri dengan Allah, nak masuk syurga dah jadi makin jauh pulak dengan Allah, Na'udzubillahi min dzalik!)

Keenam: Masa pemasangan bergantung kepada ketekunan dan keikhlasan si pemasang mencari, memerhati dan mengikut aturan gambar yang diberikan.

(Kejayaan dan ketenangan hati itu cepat atau lambat bergantung kepada kesungguhan dan keikhlasan kita mencari kebenaran. Allah Maha Mengetahui usaha, kesungguhan dan keikhlasan kita dan Allah juga Maha Mengampuni segala kesilapan kita. Cari Allah, pasti Dia akan membantu. Tapi jangan hanya cari ketika susah sahaja. Bila senang jangan pula lupakan Allah pula?!...Itu namanya hipokrit dan mementingkan diri sendiri namanya tu...Istighfar selalu moga Allah mengampunkan...)

Ketujuh: Jika tiba-tiba gambar yang sedang dipasang itu terjatuh, dilanggar atau mungkin ditiup angin. Jangan menyerah kalah. Lihat kembali ke arah gambar tersebut dan ulang semula proses dari awal. InsyaAllah prosesnya akan lebih mudah untuk kedua kalinya. Ia juga mungkin akan lebih kreatif cuma selalunya jika kerja sudah separuh jalan hancur atau tidak menjadi atas apa sebab sekali pun, selalunya kita akan menyerah atau mengambil masa yang lama untuk pulih semula. Mengambil masa yang terlalu lama untuk pulih hanya melambatkan masa menikmati gambar yang siap dibingkai hasil pemasangan Jigsaw Puzzle.

(Ujian, cubaan dari manusia sekeliling kita atau apa juga bentuk cubaan itu adalah hanya untuk menjadikan kita lebih mahir, lebih sabar dan juga lebih kreatif. Sabar dan memaafkan kesilapan dan kesalahan sesiapa sahaja itulah yang sebaiknya. Hati akan lebih tenang dan akal akan lebih fokus. Sabar dan memaafkan itulah suruhan dan akhlak baginda Rasulullah s.a.w.- Sayang Nabi tak? Kalau sayang nabi s.a.w, ikut apa yang nabi ajar k, ok Zuwainah?)

Kelapan: Selepas berusaha dan bersabar memasang kepingan-kepingan Jigsaw tersebut, maka gambar telah siap dibingkaikan. Maka duduklah merenung dan menikmati keindahan gambar hasil penat lelah memasangnya. Tetapi jangan lupa bahawa ada banyak gambar-gambar lain yang belum kita pasang. Dan mungkin juga hari ni gambar itu kita bingkaikan, esok lusa akan pecah berderai dilanda taufan atau gempa bumi. Maka berwaspadalah dan beringat.

(Semuanya dari Allah dan akan pulang kepadaNya. Ketika diberi nikmat bersyukurlah kepada Allah dan percaya dan yakin bahawa segala kenikmatan adalah dariNya. Kita juga harus akur bahawa takdir Allah boleh bertukar bila yang Dia kehendaki. Maka Redhalah atas segala ketentuan. Yakinlah bahawa setiap perubahan atau masalah yang kita fikir masalah adalah satu proses pembaikan yang sedang Allah lakukan ke atas kita dengan secara berperingkat. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Apa yang perlu kita lakukan ialah Have Faith in Him!)

(Jadi moral of the story, jangan terlalu takjub dengan diri sendiri, jangan terlalu bermegah dengan apa yang kita miliki kerana semuanya itu dari Allah. Jadilah manusia yang Pensyukur dengan segala nikmatnya. Jangan mengelak jika diberi nikmat atau untuk memulai mencari kebaikan dengan alasan aku tak layak, aku belum baik lagi, aku masih banyak dosa. Jika Allah kehendaki sesuatu kebaikan ke atas sesorang, Allah berhak memilih sesiapa sahaja dan kita tidak berhak menolaknya. Jika kita mendapat taufiq dan hidayah, kita harus menghargainya dgn menerima nikmat itu dengan ikhlas dan penuh rasa syukur. Bukan kerana darjat atau penghormatan orang tetapi kerana sebagai adab seorang hamba Allah yang wajib menghargai nikmat yang Allah kurniakan. Dan sebagai seorang hamba Allah, tidak layak untuk kita bermegah walau sedikit pun sesama manusia lain atas nikmat yang Allah kurniakan. Kerana nikmat bukan untuk dibanggakan tetapi perlu dimanfaatkan untuk maslahah-kebaikan)



Jigsaw Puzzle kehidupan, cara Allah memerhati dan menyayangi hamba-hambaNya...

Ikhlas dari hatiku, peringatan buat diriku yang sering alpa dan perkongsian (sharing) buat teman-teman di luar sana yang aku sayangi. Moga kita menjadi diantara hamba-hambaNya yang pensyukur dan memanfaatkan nikmat sesuai dengan suruhan Allah dan RasulNya. Moga kita mendapat keberkatan dan dianugerahi kasih sayang, taufiq dan hidayah Allah, Amin Ya Rabbal 'Alamin

24.3.09

Nasihat

Nasihat itu apa?

Tak Tahu?!



Nasihat itu Agama

Agama itu Nasihat

Bagaimana?



Nasihat itu sesuatu yang bermanfat; yang boleh diraih faedah.

Dalam erti kata lain ia akan membawa kebahagiaan.



Jadi, apa yang akan membawa kebahagiaan...di dunia dan akhirat?

Pasti dan amat pasti, itulah Agama...itulah Islam.

Nasihatkanlah dirimu dengan Islam.

Amalkan cara hidupmu dengan Islam.

Kadangkala tidak perlu banyak bicara.

Cukup hanya akhlak yang sempurna.

Keikhlasan hati dan keimanan pasti mendorong ke arah kebaikan.

...dan itu akan menjadi sebuah nasihat...untuk diri, keluarga dan semuanya...



Nasihatkan dirimu agar bertaqwa kepada Allah, beriman dan beramal dengan seyakinnya...

Nasihatkan dirimu agar mengikuti sunnah-sunnah RasulNya...

Nasihatkan dirimu agar menjaga kemaslahatan dan kesejahteraan umat manusia...

Nasihatkan dirimu agar sentiasa dan selamanya menjaga maruah diri sesama muslim...sesungguhnya mereka semua bersaudara...

Mulakan dengan dirimu dan pasti kebaikannya akan "menular" kepada semua...

...dan anugerah kebahagiaan dan ketenangan akan dihadiahkan untuk semua mereka yang ikhlas menerima Allah sebagai TuhanNya, Nabi Muhammad s.a.w sebagai RasulNya dan Al-Quran sebagai kitabNya...

...Moga kita tergolong dalam golongan tersebut...Amin!

Hikmah Sakit

Salam semua...lama tidak menjengah di sini...biasa, alasannya sibuk sahaja...

:) betulkah sibuk?





Oklah, hari ini aku nak menulis sesuatu yang sudah kutangguhkan dari hari ke hari. Satu peristiwa atau keadaan yang terjadi yang aku sendiri tidak mahu ia terjadi. Tetapi aku tahu itu semua adalah hasil "permintaan"ku tanpa aku sedari.

Aku sering berkata pada diriku, Zuwainah agak-agak kalau bekerja, mesyuarat, buat kerja sukarela, bermuamalah dengan manusia di sekitaranku. Kataku, agak-agak jangan terlalu memaksa diri nanti penat, nanti sakit. Aku berkata lagi, tidur mesti cukup agar aku punya tenaga untuk kusumbangkan kepada manusia sekelilingku dan mereka yang memerlukan.

Aku sering merasa jika bertentangan dengan "prinsip" hidupku maka aku harus menolak untuk membuat kebaikan kerana aku harus jaga diriku, aku harus cukup tidur, aku harus rehat secukupnya, aku harus tidak terlalu penat sebab nanti esok kalau kerja, tak bermaya.

Hmm, tapi aku lupa segala tenaga itu datang dari Allah. Dan nak dijadikan cerita bila aku menafikan sesuatu kebaikan hanya dengan alasan PENAT...well,Allah benar-benar menunjukkan kepadaku bahawa segala sesuatu itu datang dariNya. Ok Zuwainah, kau penat, kau nak balik, kau tak mahu buat kebaikan, kau pasti bahawa kau mampu MEMASTIKAN yang segala-galanya akan baik-baik sahaja?

Kau lupa Zuwainah atau mungkin sengaja kau lupakan. Dahulu, dan sekarang juga pasti ada alim ulama',mereka yang dekat dengan Allah bekerja seharian dan menghidupkan malam-malam mereka dengan ibadah. Siang harinya berjumpa manusia, bekerja mencari nafkah, bermuamalah. Malamnya diisikan dengan ilmu, membaca buku, menganalisa, mengarang, membaca Al-Quran, solat Sunat dan bertafakur;merenung ciptaan Allah. Esoknya disambung dengan pekerjaan lagi, bermuamalah lagi dan malamnya dipenuhi dengan ibadah dan seterusnya.

Tidur mereka hanya sepertiga malam, membaca dan menganalisa ilmu sepertiga yang lain dan sepertiga yang akhir itu mereka gunakan untuk bertahajud;mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta dan mereka tetap cergas, dan memulai hari esoknya dengan penuh semangat dan keceriaan kerana mereka YAKIN bahawa segala masalah dan kesulitan mereka pasti ada jalan keluarnya. Allah pasti membantu. Mereka PASTI itu. Sangat PASTI. Tidak seperti aku, sekejap yakin, sekejap lagi yakinku berkurang...belajar aje rukun iman...Percaya Kepada Allah...Percaya Kepada Qada' dan Qadar...Percaya Kepada Malaikat, bahawa malaikat ALLAH PERINTAHKAN UNTUK MENJAGA KITA... MENDOAKAN KITA BILA KITA PERBUAT KEBAIKAN...MENJAGA KITA DARI GANGUAN... kita kata percaya...hafal memang hafal rukun iman sepenuhnya...tapi yakinnya berapa peratus? Harus praktikkan 100%, yakin 100 % dan iman memerlukan amal...maka amal juga harus bersandarkan 100% dengan keyakinan dan keimanan.

Jadi dipendekkan cerita, aku sakit sejak hari tu...lama sekali lebih sebulan aku batuk tak berhenti, demam, tak selera makan, muntah-muntah dan kadangkala sakit kepala dan selsema. Aduh! Nak pergi kerja rasa lemah, sampai kerja sejuk kena air-cond buat diriku makin lambat kebah. Asal aku bercakap, aku batuk. Pekerjaanku memerlukan aku berinteraksi. Badanku yang sedia lemah semakin lemah dibuatnya. Lebih 3 kali aku pergi ke Doktor. Macam-macam ubat dah makan. Lebih 3 hari aku ambik cuti, MC;nak rehat. Tapi takdir Allah, aku cukup rehat;cukup sangat. Makan pantang, makan ubat jaga tapi tak baik-baik juga. Dalam resah aku senyum sendiri.

...kerana ketika itu aku tahu, Allah sedang berbicara denganku. Allah sedang memerhatiku. Allah sedang menuntunku. Agar aku menjadi manusia yang benar-benar beriman, beramal sesuai dengan keimanan, pasrah dan redha dalam erti yang sebenar. Ikhlas melalui segala kesusahan dan musibah. Kerana, itu semua datang dariNya dan Dia sahaja yang mampu mentakdirkan sebaliknya. Kita manusia hanya harus usaha sesuai dengan keimanan, berusaha sesuai dengan ilmu pengetahuan berteraskan Al-Quran dan Sunnah Rasullullah s.a.w

...dan sekarang selepas aku di"tegur" agar jangn merintih penat, haruskah aku terus merintih aku "sibuk"?

Sedangkan rasa "penat" itu lebih kerana kepentingan diri dan peribadi berbanding untuk kepentingan Allah dan Rasul s.a.w. Begitu juga "sibuk"ku sekarang ini adakah 100% untuk Allah dan Rasulku?

.......rintihan itu satu doa, jangan biarkan ia benar-benar di"makbulkan"...ikhlaskan segalanya...

Zuwainah, ikhlaskan...pasti disItu ada KETENANGAN...