6.7.07

Ansar Muhajirin



"Sambut tanganku genggam keimanan



Hulur tanganmu jangan terlepas"






Sabda Rasul S.A.W: "Mukmin terhadap mukmin yang lain ibarat batu bata binaan yang saling memperkukuh satu sama lain"





"Aku datang bukan kerana lari dari kelemahan



Ataupun lari dari tekanan yang datang bertubi-tubi



Aku datang kerana ingin mengukuhkan segala kekurangan yang ada dalam diriku ini"






" Peganglah pada Kalimah ini



Semoga hati tidak terkunci



Kerana kunci adalah hati



Andai terkunci hati kan mati"



~copyright from album al-'asr



Tadi entah kenapa aku mainkan lagu ni berulang-ulang kali... sebelum ni dah dgr lagu ni,ok sedap cuma taklah emosi mcm tadi.


Aku dapat rasakan betapa sebenarnya aku sayangkan semua...semua saudara seislamku.


Tiada sebab untuk kita bersengketa, merajuk, tawar hati, sakit hati dan segala yg berkaitan dgn hati...:)



Anyway, aku paling risaukan remaja2 kita; adik2ku yg masih 'mentah' dgn pancaroba hidup...yg masih tergapai2 mencari dahan utk berpaut, yang mungkin 'confuse' dan tercari arah yg sebenar walaupun sebenarnya jalan tu dah terbentang di depan mata...tapi kerana dosa yg kelabu serta kekurangan ilmu atau mungkin juga minda yg masih kurang faham hikmah syariah diturunkan maka timbullah berbagai masalah sosial yg semakin parah bernanah.



Hendak buat tak peduli tak sampai hati. Yang sebenarnya itu mmg tanggungjawab dan kewajipan.

YA, KEWAJIPAN SEMUA. Sayang untuk semua. Damai utk semua.



Mengapa jika dulu Ansar dgn Muhajirin boleh bersatu dan berkasih sayang, kenapa tidak kita?!


Jika tidak tahu apa nak buat, paling tidak pun sokonglah usaha2 dakwah orang2 di sekeliling kita. Doakan mereka berjaya. Doakan juga agar Allah datangkan taufiq dan hidayahnya buat semua.



Moga Allah tautkan hati-hati kita dalam redha dan cinta-Nya, Amin!

4.7.07

Penulis wajar manfaatkan blog

Terjumpa juga dlm yahoogroups...bertarikh14 Mac 2005. Entri dihantar oleh Fahd Razy.

Dari UTUSAN MALAYSIA
Penulis wajar manfaatkan blog
Oleh: NISAH HAJI HARON

Kecanggihan dunia teknologi maklumat hari ini telahmemungkinkan banyak perkara. Selain saling berhubungdengan menggunakan mel elektronik ataupun e-mel,pengguna juga boleh memiliki laman web sendiri samaada secara percuma ataupun berbayar.

Kini wujud satu lagi fenomena baru yang dipanggilweblog. Bukan mudah untuk menerangkan apa itu weblogataupun blog kepada mereka yang tidak celik IT.

Secara harafiah, weblog bermaksud log ataupun buku logyang ditulis menggunakan laman web tertentu. Darisitulah datangnya perkataan weblog.

Ia boleh dianggap sebagai menulis catatan ataupundiari secara online. Catatan tersebut boleh dibacaoleh sesiapa sahaja setelah penulis blog tersebutmemilih untuk menyiarkan blog tersebut di lamannya.

Kewujudan weblog telah menimbulkan semula minatmenulis di kalangan kumpulan tertentu.

Agak ramai penulis sastera mutakhir yang telahmemiliki blog sendiri. Antara yang dapat dikesan ialahmyzaidakhtar.blogspot.com (Zaid Akhtar),ghafirahidris.blogspot.com (Ghafirah Idris),latiptalib.blogspot.com (A. Latip Talib),sridiah2u.blogspot.com (Sri Diah),amizakhusyri.blogspot.com (Amiza Khusyri),www.nisah.cjb.net (Nisah Haji Haron),salinaibrahim.blogdrive.com (Salina Ibrahim) danbukunota.blogspot.com (Nazmi Yaakob).

Tidak ada garis panduan tentang apa yang boleh ataupuntidak boleh ditulis di dalam sesebuah blog. Ia sebuahwadah bebas yang tidak mengehadkan sama ada bentuktulisan, kandungan yang ingin ditulis ataupun panjangsetiap tulisan yang dipanggil entri.

Setiap blog mempunyai tema-tema tertentu bergantungkepada kehendak setiap pemiliknya. Ada yang hanyamelaporkan hal-hal yang berlaku seputar dirinya. Tidakkurang juga melaporkan semula apa yang telahdilaporkan oleh akhbar utama tetapi ditambah dengankomentar peribadinya. Ada yang memilih untuk bercakapdarihal bidang tugas hakikinya setiap hari. Terdapatjuga penulis blog yang mengutarakan hal penulisankreatif.

Mereka juga tahu bahawa tulisan mereka ini bolehdibaca oleh pelawat-pelawat yang singgah di blogmereka.

Penulis sastera wajar memanfaatkan ruang penulisanyang disediakan secara percuma. Ini merupakan satupeluang latihan menulis yang patut dimanfaatkan olehpenulis masa kini.Menulis adalah kerja yang berterusan dan memerlukanbanyak latihan. Seorang penulis yang tidak bercadanguntuk menghasilkan sebarang karya masih wajib menulissetiap hari.

Ini akan meningkatkan kemahiran menulis supaya penulistidak hilang flair dalam penulisannya. Menulis blogmenjadi alternatif dalam bidang penulisan sasterakreatif.

Pemilik-pemilik blog boleh meneruskankemahiran berbahasa dalam setiap entri seolah-olahmereka sedang menulis sebuah karya untuk dihantar kemedia cetak.

Blog juga boleh disemak dan diedit semula walaupunsetelah disiarkan oleh pemiliknya.

Kebanyakan nama penulis blog yang telah disebutkanterdahulu memilih gaya penulisan dalam bahasa yangterkawal walaupun isi entrinya agak santai. Selaindaripada memasukkan maklumat terkini tentang duniapenulisan mereka, penulis blog juga membuat komentarterhadap mana-mana isu yang wajar disentuh.

Bergantung kepada populariti setiap blog, adasesetengahnya yang mendapat lebih daripada 50 - 100orang pelawat setiap hari.

Tidak dinafikan juga terdapat penulis blog yangmenulis dalam bahasa rancu ataupun bercampur adukantara pelbagai bahasa dalam satu ayat.

Ini salah satu kelemahan blog lantaran tiada editoryang boleh membetulkan keadaan ini. Pun begitu,berbalik semula pada konsep blog yang bebas, perkarasebegini tidak dapat dielakkan.

Dari aspek keselamatan pula, menulis di dalam blogpula memudahkan orang lain menceduk idea ataupunmenyalin terus entri-entri yang telah ditulis.

Sewajarnya, penulis hanya menyiarkan karya ataupuntulisan yang telah tersiar di media cetak denganmenyatakan sumber. Ini kerana, walaupun setia entriyang disiarkan di blog merupakan hak cipta penulisnya,seorang penulis blog juga harus mengambil sikapberhati-hati.

Penulis sastera, terutama sekali penulis muda yangmahu berjinak-jinak dalam dunia penulisan sewajarnyamengambil peluang memiliki blog sendiri. Kini banyaklaman web yang menyediakan perkhidmatan blog secarapercuma. Sebagai contoh, www.blogger.com memberikanpenerangan langkah demi langkah untuk memiliki blog.

copyright-karyawanluarnegara@yahoogroups.com
Baca-baca tadi GKLN yahoogroups. Sebenarnya aku ni masuk secara undangan dari moderator group tersebut, walaupun kiranya aku ni bukanlah rakyat Malaysia yg belajar di luar negara. Tapi kata Fahd, sebab kakak duduk luar Malaysia kira tu luar negara jugalah...

Hehe...terima kasih byk2 Fahd, byk manfaat dari group tersebut cumanya taklah rajin baca sgt semua artikel dan tips2 penulisan kat situ. Ini baru terjumpa entri lama bertarikh 13 Mac 2005 (isy, lama tu...aku masih kat Mesir lagi..hehe)

*****
Fahd Razy menulis:
A'kum.Ini ada sedikit kertas kerja tentang penulisan dari kak Syarifah Salha SyedAhmad...maaf,sy tak attach, malas (hehe).So, kawan2 yang berminat nak baca, boleh la copypaste je


MENGAPAKAH KITA MENCEBURKAN DIRI DALAM PENULISAN
PERTAMA : PERANAN KITA

1. Untuk berdakwah.

Tanggungjawab sebagai alumni al-Azhar amat berat di dalam tugas meleraikansegalapermasalahan masyarakat di tanahair. Kita terpaksa mengorbankan segala masa,pemikiran dan harta benda semata - mata untuk merealisasikan bebanan yangdiamanahkan, yang sewajarnya kita tidak membiarkan aqidah umat Islam berada didalamkeadaan meruncing akibat beberapa aliran yang salah. Tuntutan Islam untukmenyebarkanserta meninggikan kalimah sucinya dan menyampaikan alternatif penyelesaian Islamkepada masyarakat menunjukkan bahawa Islam mempunyai ketinggian dari agama -agama yang lain. Oleh itu, Islam amat menggalakkan membaca denganmemperbanyakkandan mempelbagaikan bidang bacaan agar cita-cita untuk menyampaikan misi dan visiketengah-tengah masyarakat akan tercapai kelak. Melalui pembacaan, penulisanmenjadisatu wasilah penting yang boleh menyampaikan maklumat dalam membicarakan semulasesuatu topik kepada masyarakat.

2. Menurut jejak langkah ulama' silam.

Hakikat yang harus diterima oleh setiap yang bergelar Azhari/ah bahawa kitaadalahpewaris para nabi dan rasul. Tugas mulia mereka menjadi guru, mengajarkan ajarantauhid kepada manusia di sarwajagat. Kita lihat kemudiannya para ulama'meneruskanusaha murni para utusan Allah Taala dengan mengarang kitab - kitab, menyebarkanilmu-ilmu yang diwariskan oleh para nabi dan rasul. Maka sewajarnya kita selakuilmuan Islam,yang bakal digelar cendekiawan agama, warasatul anbiya' dan sebagainyameneruskantugas ulama' - ulama' silam menyebarkan syiar Islam dan ajarannya. Masyarakatkiniketandusan hati dan jiwanya dari nur Islam. Kitalah yang harus terjun ketengah-tengahmedan bagi menyirami jiwa masyarakat dengan cahaya kebenaranan dan keimanan.

3. Ramainya penulis orientalis dan penulis

– penulis Islam sendiri yang tersalahfahamannya.Dalam era serba canggih di alaf serba baru ini, timbul pelbagai konspirasi dankomplotdari pelbagai sudut untuk menentang kebangkitan Islam. Usaha - usaha inimenyalurkanfahaman - fahaman dan dakyah palsu yang begitu halus menerusi penulisan. Tulisan-tulisan ini bukan sahaja ari musuh - musuh Islam ketara seperti Yahudi danNasranibahkan dari umat Islam sendiri yang berfahaman orientalis. Mereka ini telahdisuntikdengan fikrah yang jauh terpesong dari hakikat sebenar. Maka di sinilah tugaskita selakupenulis Islam iaitu membidas segala dakyah pihak `haluan kiri' ini.

KEDUA : MEMBANTERAS AJARAN DAN ALIRAN-ALIRAN YANG SALAH

1. Aliran Sekular.

Marebaknya fahaman Sekular dalam benak sebahagian daripada umat Islam telahmengakibatkan berlakunya penerapan gejala yang tidak diingini. Akibat daifahamanSekular ini, umat Islam sudah tidak berminat lagi untuk mengamalkan sistemperundangan Islam di dalam kehidupan seharian. Malah sesetengah mereka telahberanimenolak sistem perundangan Islam. Malangnya, mereka lebih percayakan kepadasistemperundangan acuan manusia yang diambil dari barat. Mereka menganggap bahawasesiapa sahaja yang mengamalkan sistem perundangan Islam adalah sudahketinggalanzaman dan akan menyebabkan kepada kemudharatan. Jadi, kitalah yang akanmeyakinkanbahawa sistem perundangan Islam adalah penyelesaian yang tiada tolok bandingnyamenerusi ketajaman mata pena kita.

2. Golongan anti hadith.

Ajaran ini mengatakan bahawa hujah tidak perlu diketengahkan kepada umum. Merekamendakwa bahawa al-Quran sahaja boleh menyelesaikan permasalahan umat sejagattanpa memerlukan hadith - hadith Nabawiyyah. Untuk menjawab segala dakwaangolongan anti hadith ini, kita perlu membuat persediaan awal dengan mengkajiseberapabanyak bahan - bahan rujukan yang berkaitan dengan persoalan hadith dan mustalahhadith, ilmu Rijal Hadith, ilmu Jarah wa Takdil dan sebagainya.

TEKNIK RINGKAS PENULISAN ILMIAH
Esei didefinasikan sebagai karangan separa pendek tentang sesuatu persoalanyangdikupas menurut pandangan peribadi penulis yang disandarkan kepada pengukuhanilmiah, kegiatan pengukuhan, penyampaian dan analisis sesuatu gagasan secaralogis,saintifik dan empiris ( terperinci ).

JENIS – JENIS ESEI
1 – Argumentasi : Pembahasan fakta, permasalahan dan analisis.
2 – Diskriptif : Penyelidikan, pengumpulan data, fenomena dan dapatan baru.
3 – Bagislatif : Pemecahan persoalan, idea dan kriteria
4 – Idealistik : Mementingkan rumusan, penemuan teori, pemikiran falfasafah danmetafizik.

SIFAT – SIFAT ESEI
1) Fakta tepat, rasional, bersistem, ampuh dan tidak emosi.
2) Mementingkan analisis, pembuktian dan saintifik.
3) Menyumbangkan perkembangan ilmu.

CIRI – CIRI PENTING
1. Data yang mempunyai vadiliti ( kesahihan/pengesahan ) tinggi, analisis yangjelas,interpretasi ( penjelasan/tafsiran ) yang objektif.
2. Kejujuran ilmiah, menyatakan sumber, membezakan pandangan sendiri danpandanganorang lain.
3. Penyelidikan sudut pembacaan dalam bahasa ilmiah, meminggirkan emosi danunsur –unsur sensasi.
. Bergerak pada satu idea pusat skop sendiri, tidak terlalu luas dan tidakterlalu sempit.
5. Memerlukan saringan bahasa atau fakta akar dan tunjang sahaja yang akandijadikantunjang analisis.
6. Memerlukan pengembangan idea, perincian, pemecahan dan ketajaman indera akal.

ESEI AKADEMIK
1. Rujukan dan hujahan yang tidak berbenuk klise ( bertentangan ) dan stereotaip( tidakterikat dengan acuan ).
2. Tidak banyak mengambil pandangan orang lain.
3. Bukan menyusun semula rentetan pandangan orang lain.
4. Berteraskan keaslian pemikiran, mekanisma dan huraian ilmiah.
5. Tiada pemalsuan ilmiah.
6. Diakhiri dengan suatu rumusan penjelasan penemuan hasilan.

CITRAAN
1. Rajin membaca, menyelidik dan kekuatan bahasa.
2. Keaslian idea, teknik yang mantap lagi ampuh.
3. Pemikiran kreatif.
4. Penilaian dibuat kepada penyelidikan bahan rujukan.
5. Kecemerlangan esei tersebut tergantung kepada bahasanya.
6. Perbendaharaan kata, kosa kata, gramatik, retorika ( ketetapan ) danrasioanal.

TEKNIK PENGOLAHAN
Bahan – bahan yang telah siap dikumpul ibarat bahan – bahan mentah yang sedangmenunggu untuk diproses dalam usaha menghasilkan karya esei. Namun begitu,pendekatan pengolahan terpulang kepada kebijaksanaan, gabungan antara kreativitidengan bahan – bahan yang terkumpul. Walau bagaimanaphn, terdapat bebrapa cara yang boleh dilakukan :

1. Pengolahan struktur kronologi ( susunan peristiwa ).
2. Pengolahan struktur fakta.
3. Pengolahan struktur gabungan.

PEMBINAAN PENDAHULUAN
1) Objektif utama :- menarik perhatian- meyakinkan- menjelaskan tema
2) Ciri – ciri :- ringkas dan padat- perenggan yang pendek- perkataan yang beraksi.

PERALIHAN DALAM ESEI

1) Peralihan dalam sebarang bentuk penulisan memainkan fungsi sebagai :-
-Alat untuk memberitahu pembaca bahawa bahan baru akan dikemukakan.

- Alat untuk meletakkan bahan dalam perspektif sebenarnya.

- Alat untuk menunjukkan pemindahan perbincangan dari yang bersifat umum kepada yang khusus.

- Alat untuk menyatukan bahagian – bahagian supaya tulisan kelihatan lancar dan padu.

- Alat untuk memberitahu pembaca bahawa jalan pemikiran sama digunakan.

- Alat untuk menyatakan bantahan atau mengemukakan hujah bertentangan.

2) Bentuk – bentuk frasa peralihan yang sering digunakan ialah :– Pertambahan selain itu, seterusnya, selanjutnya, tambahan pula, di samping itu dan lain– lain.
– Ilistrasi : dalam hal ini dan lain – lain.
– Ringkasan dan perolehan : dengan kata lain, secara ringkasnya, sebagaikesimpulan.
– Kesimpulan logik : oleh sebab itu, dengan iu, berkaitan itu, akibatnya dan lain – lain.
– Pengakuan : tidak syak lagi, diakui bahawa dan lain – lain.
– Pengukuhan : malah, bahkan sesungguhnya dan lain – lain.

KEPADUAN ESEI

Penulis juga perlu memberi perhatian terhadap aspek kepaduan untuk menghindarkekaburan dalam menulis serta berpindah antara struktur dan fragmen binaan tanpasecara mengejut da kelihatan terlompat – lompat serta kelihatan harmonis apabilahendakmelakukan kombinasi antara idea. Aspek ini adalah meliputi kepaduan dari kata,dari ayatkepada ayat, dari perenggan kepada perenggan dan dari idea kepada idea.
1) Kepaduan dari datu kata kepada satu kata :- susunan logik- susunan gramatis
2) Kepaduan dari sau ayat kepada satu ayat :- kesatuan idea- perulangan kata
3) Kepaduan perenggan kepada perenggan :- perulangan perkataan- urutan aksi : pertama, kedua, seterusnya, kemudian dan lain – lain.
4) Kepaduan idea kepada idea :
- idea persamaan : dalam hal yang sama, keadaan yang sama, dengan kata lain,justeru itudan lain – lain.
- Idea perbandingan.
- Idea penjelasan.

copyright-karyawanluarnegara@yahoogroups.com

2.7.07

Warna Cinta

Alhamdulillah...at last siap juga cerpen ni. Dah hantar pun tadi. Dateline hari ni, hantar hari ni.hehhehe. Wish me luck k?


Warna Cinta


Teroleng-oleng perahuku di dataran samudera. Hendak ke hilir, aku ragu. Hendak ke hulu, tidak kupasti jalan yang mana satu.


Teroleng-oleng lagi perahuku. Aduh, bagaimana? Aku perlukan arah. Oh! Disana ada petunjuk.

Cahaya merah itu bercampur warna ungu. Terpancar dari satu sudut, warna putih keemasan. Silau. Ada juga warna hijau. Oh! Biru dan oren bergabung juga. Cepat! Aku harus segera ke sana. Detik hatiku.

***** Intro aje :))
Warna-warni cinta ada di sekeliling kita...cumanya tafsirannya bg setiap individu itu berbeza. Ada yg nampak warna biru...ada pula nampak warna ungu...mungkin juga hijau, tak pun oren atau merah. Aku pula nampak warna apa ya? (hmm, rahsia... :))
Anyway, apapun Pencipta Cinta jgn dilupa...alamat gembiranya hanya seketika...bahagia tidak lama...dgn rahmat-Nya, warna kelabu boleh berubah jadi warna pink mungkin atau warna hitam bertukar jadi kuning keemas2an...
ok2...abstrak sgt...
apapun just nak ingatkan diri aku sendiri...kenali Pencipta Cinta, pasti warna-warni cinta mampu membahagiakan dan menenangkan jiwa.
ok kawan2...aku pamit dulu ye. :))

27.2.07

Lambaian itu menggamit rinduku


LAMBAIAN ITU MENGGAMIT RINDUKU
Oleh
Zuwainah Mohamed Kamalutheen



AKU tatap sekali lagi ke arah itu, ia hanya membisu. Ingin kusapa tapi tak mungkin ada jawapan daripadanya. Aku merenung lagi, ke setiap sudutnya. Sudah kesekian kali. Hatiku syahdu.

Air mataku mengalir tanpa dapat dibendung. Tabir rinduku dirobek linangan yang amat mengharap. Aku harap reda. Aku mengharap kasih-Nya.Mataku berlegar-legar mencari sudut untuk kutunaikan solat sunat tawaf. Alhamdulillah, di sebelah seorang nenek tua bertongkat tiga, kulihat ada ruang sempit yang aku kira muat untukku.

Sempat kupandang sekilas ke arahnya, nampaknya dia sedang khusyuk berdoa. Aku lantas melafazkan niat dan kuangkat takbir. Solatku yang pertama di makam Ibrahim, air mataku mengalir. Kaabah yang agung itu benar-benar di hadapanku. Hatiku rebah merintih. 'Ya Rahmah-Ya Sitti, as-salam', sapa nenek tua itu sejurus kuhabiskan salam kedua.

Aku mengukirkan senyuman di bibirku. Dia tersenyum juga. Aku melihat dia terkocoh-kocoh ingin bangun. Di tangan kanan, digenggam erat tongkatnya. Tangan kirinya pula ditekan ke bahu kananku. Aku cuba membantu tapi entah apa malangnya, dia terjatuh. Kakinya dihentak tongkat kayu.

Aduh! Nenek tua itu mengerang. Aku melihat keningnya berkerut. Sakit sangat nampaknya. Sambil kakinya diurut, dia berselawat. Aku hanya mampu menenangkan. Aku menjadi gelabah melihat air matanya mengalir. Bibirnya terus bergetar melafaz selawat syifa.

Aku panik. Aku cuba membantu mengurut kakinya. Dia tersenyum. 'Syukran Ya habibti, Allah yubarik fik!' Aku aminkan sungguh-sungguh doanya meminta Allah memberkatiku. Perlahan-lahan nenek itu tenggelam dalam lautan manusia yang sedang asyik dalam ibadah. Dia menggagahi dirinya untuk bangun dan berjalan sendiri. Katanya dia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Aku bersimpati tetapi nenek itu tetap berkeras.

Usai saja kuhantar nenek itu lewat pandanganku, aku kembali bertafakur. Aku angkat tanganku, aku mengatur bicaraku. Aku susun harapanku untuk kupersembahkan kepada yang Maha Mengabulkan doa. Mataku mencerlung, memintas cahaya matahari, doa dipohon semoga umat muslimin terus diberkati. Tunduk aku mengadap kiblatku, sungguh-sungguh kujaga adab di depan rumah Tuhanku. Sungguh, aku rasa benar-benar hina. Aku bukan siapa-siapa. Aku tiada apa-apa. Aku hanya hamba Allah yang dipinjamkan segenap kurnia.

Anugerah-Nya amat mahal dan tidak ternilai serta banyak pula yang tidak terkira. Begitu pun masih hati ini mahu berbangga. Kebaikan yang ditabur terasa sungguh diri mulia. Kesalahan manusia amat sukar untuk kulupa. Keaiban sesama insan menjadi cerita jenaka.

'Oh! Sungguh malang nasibku jika Kau tidak mengampuniku,' rintih hati kecilku.Aku merayu lagi. Minta diampuni, minta dikasihi. Aku yakin sekali Allah Maha Pemberi. Pasti Dia tidak menghampakan. Aku merayu lagi. Minta dimaafi, minta ditunjuki. Aku yakin sekali Allah Maha Pengasih. Pasti Dia tidak akan meninggalkanku sendiri.

Aku merayu lagi. Minta ditenangkan, minta di rahmati. Aku yakin sekali Allah Maha Pemurah. Pasti kasih sayang-Nya mencurah-curah. Cuma, aku yang leka.Aku yang alpa. Aku yang buta.Aku yang mencipta derita kerana lari daripada-Nya.Sedangkan Dia terlalu hampir denganku. Terlalu menyayangiku.

Terlalu memanjaiku. Terlalu pemaaf hingga hampir menidakkan kemarahan-Nya. Seketika, tergambar keadaanku ketika baru pulang dari luar negara. Aku melihat diriku sedang berusaha mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusanku. Banyak sudah borang permohonan yang telah kuisi. Sesi temuduga juga sudah kuhadiri beberapa kali. Tetapi semuanya memberikan jawapan yang menghampakan. Aku hampir putus asa.

Gambaran itu terhenti. Kabur dek linangan yang mengalir deras. Air mataku mencurah-curah minta disapu dengan kertas tisu. Aku selongkar beg silangku, aku keluarkan sehelai kertas tisu dengan harapan ia bisa membersihkan wajahku daripada air mata.

Sempat kuberdoa dan berharap agar Allah membersihkan juga diriku daripada dosa dan nista. Setelah agak reda, aku kembali merenung. Aku renung jauh di sebalik hikmah kejadian. Rasaku hampir tidak kumiliki segala yang aku ingini. Setiap yang aku harapkan pasti mengecewakan.
Aku jadi pasrah. Terlalu pasrah ketika itu. Aku reda dalam terpaksa kerana aku kurang memahami hikmah. Tetapi Allah tidak meninggalkan aku sendiri. Dia tidak memaksaku menerima dengan keterpaksaan.

Akhirnya diberi-Nya aku apa yang kuhajatkan. Hanya sedikit daripada-Nya, sekadar ingin memujuk agar aku tidak benar-benar kecewa.Keinginanku yang amat sangat untuk bekerja di sebuah masjid dikabulkan-Nya.

Entah kenapa hatiku terpaut pertama kali aku melangkah ke masjid baru itu. Sejak itu aku berdoa siang dan malam agar aku diterima bekerja di masjid itu. Aku yakin Allah pasti tidak menghampakan.

Aku diterima bekerja di situ bukan sebagai staf tetap tetapi hanya staf kontrak. Kontrak yang aku terima selama enam bulan itu sedikit sebanyak mengubati kehampaanku.
Baru tiga bulan aku di sana, aku ditawarkan pekerjaan di tempat lain. Hatiku teragak-agak kerana aku sayangkan pekerjaanku, aku juga sayangkan masjid tempat kerjaku. Degil sungguh aku. Aku mahu Allah menurut kehendakku.'Rabbana Dzolamna anfusana wa in lam taghfirlana lanakuu nanna minaz dzolimin.'

'Yang bermaksud: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampunkan kami, sesungguhnya kami benar-benar tergolong di kalangan orang-orang yang zalim.'

Tawaran pekerjaan itu aku biarkan saja. Aku masih mahu keinginanku dipenuhi. Nasibku baik, tamat sahaja tempoh kontrak, aku ditawarkan bekerja tetap di situ. Apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang, pastinya aku terima. Dalam tempoh kurang dua tahun aku berkhidmat di situ, aku mula jemu kerana aku mula sedar pekerjaan ini tidak sesuai dengan jiwaku.
Jawatan sebagai Eksekutif Dakwah di masjid membuatkan otakku dipaksa memerah setiap idea yang ideal untuk program-program dakwah di masjid tempat aku bertugas. Tugasku lebih kepada merancang program. Tugasku ini tidaklah sepenat jika dibandingkan tugas guru sepenuh masa.

Belum ditambah lagi dengan undangan memberi ceramah. Tugas aku kini hanya membuat aku sibuk apabila ada acara atau program-program masjid dan selebihnya aku bekerja mengikut waktu pejabat. Tetapi hatiku kosong, seolah-olah nuraniku tidak terisi. Sayang sungguh tawaran mengajar di madrasah dulu aku tolak. Aku sedih. Aku menangis. Terasa diri ini benar-benar menzalimi diri sendiri. Bukan salah takdir tapi keengganan aku sendiri kerana tanpa sedar aku menafikan ketetapan-Nya. 'Ya Allah, ampuni hamba-Mu ini!,' rayu sedarku.

Fikiranku mundur setapak lagi; ke zaman kuliahku. Aku telah diterima masuk oleh pihak universiti tetapi dalam fakulti yang paling aku benci. Satu bidang yang tidak pernah terlintas dalam benakku untuk kuselongkari ilmu-ilmunya. Aku rasa amat penat membaca pembahasan mengenai perbezaan mazhab yang tidak ingin aku tahu kecuali yang paling kuat dalilnya.
Tetapi takdir-Nya sudah begitu, dengan berat hati aku teruskan juga pembelajaranku. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa terpaksanya aku membaca lembaran demi lembaran buku yang memuatkan berbagai hukum yang dibahaskan. Setiap kali aku gagahi diri untuk cuba memahami, setiap kali itu jugalah aku tajdid niatku.

Aku baharui niatku bahawa segala yang aku lakukan ini hanya kerana Allah. Kupujuk hati agar reda dengan ilmu yang sudah diperuntukkan untukku menyelami isi kandungannya dan benar-benar memahaminya.Tangisanku semakin keras. Aku tersedar ia mengganggu jemaah berdekatan denganku. Seorang pakcik yang baru sahaja me nyelesaikan solatnya menoleh ke arahku. Aku faham, solatnya tadi sedikit terganggu. Dengan tertahan-tahan aku memujuk hatiku sendiri. Sudahlah, jangan menangis lagi. Bukankah Allah Maha Pengasih? Bukankah Allah Maha Pengampun?

Dulu, sering aku rasakan segala yang aku inginkan tidak diperkenankan. Dulu, sering aku rasakan bahawa Allah tidak menyayangiku kerana fikirku keinginanku sering dihampakan.Dulu, sering aku rasakan bahawa bukti cinta Allah ialah dengan menyampaikan semua yang kita hajatkan.

Dulu, sering aku rasakan ilmu kuliahku hanya memeningkan kepala dan menyerabutkan fikiran. Tetapi kini aku sedar, dengan memahami perbezaan di situlah datangnya kesatuan. Bila kita benar-benar memahami kekhilafan, dari situ baru kita lihat maslahah dan hikmah kejadian. Dengan ilmu itulah akan aku sampaikan kepada anak didikku kepada setiap individu masyarakatku.

Sungguh Allah Maha Bijaksana. Sungguh tepat aturan yang telah ditetapkan.Kini, aku selalu merasakan bahawa Allah benar-benar Maha Pengasih kerana aku benar-benar telah merasakan kasih sayang-Nya. Sudah kulihat bukti-bukti cinta-Nya. Semuanya berada di sekelilingku. Bermula dari diriku sendiri.Pernah berkata seorang ahli Sufi: 'Barangsiapa mengenali dirinya nescaya dia mengenali Tuhannya. Dan pada bumi ini ada banyak tanda-tanda (mengenai adanya Allah dan kebesaran-Nya) bagi orang-orang yang mahu percaya dan begitu juga (tanda-tanda itu banyak boleh didapati) di dalam diri kamu sendiri. Tidakkah kamu melihat?'. - (Az-Zariyat: 20).

Lambaian itu menggamit
Aku melangkah cukup perlahan
Lambaian itu menggamit
Aku tunduk penuh kehambaan
Lambaian itu menggamit
Aku bangkit dengan keyakinan
Lambaian itu menggamit
Rindu hakikat sebuah penciptaan
Lambaian itu menggamit
Saduran sejarah kasih dan sayang
Lambaian itu menggamit
Bukti setia sebuah keikhlasan
Lambaian itu menggamit
Keluh-kesah sepotret keakuan
Lambaian itu menggamit
Rahmah maghfirah sebingkai keampunan
Lambaian itu menggamit
Perit derita membongkar rahsia
Lambaian itu menggamit
Cadar bahagia menutup nestapa
Lambaian itu menggamit
Kasihku, kasih-Mu bertemu jalannya
Lambaian itu menggamit
Rinduku, diriku
Rinduku, diri-Mu Tuhan
Terima kasih
Lestari gamitan hanya kerana-Mu.
Ekstra
Berita Harian
20 Feb 2007
ULASAN CERPEN
LIMR punyai idea baik dan menarik
By Peter Augustine Goh
Penulis Sambilan

SEBUAH cerpen dinilai baik dan berjaya apabila ia meninggalkan satu kesan tunggal atau utama.

Ia diperkukuhkan dengan teknik penceritaan yang menarik serta unsur gaya bahasa yang melibatkan penggunaan kata-kata atau ungkapan tepat.

'Lambaian Itu Menggamit Rinduku' (LIMR) karya Zuwainah Mohamed Kamalutheen adalah sebuah cerpen yang mempunyai idea baik lagi menarik.

Ia baik kerana bertemakan agama yang bertujuan memberikan semacam keinsafan dan kesedaran kita sebagai insan yang tidak terlepas daripada membuat kesilapan dan bergelumang dengan dosa.

Menarik kerana ia berlatarkan Tanah Suci Makkah ketika jemaah dari seluruh dunia menunaikan haji.

Tetapi idea yang baik dan menarik itu tidak memenuhi unsur penulisan cerpen yang benar-benar berjaya dari segi kesan tunggal dan penggunaan kata-kata yang tepat lantas menjejaskan kelancaran cerpen Zuwainah.

Apabila pembaca diperkenalkan kepada Zuwainah menerusi watak 'Aku' dengan watak seorang nenek tua bertongkat tiga ketika bersolat sunat tawaf di Makam Ibrahim, pembaca terfikir bahawa tentu ada sesuatu yang dramatik yang akan berlaku antara orang tua itu dengan 'Aku'.
Ini disebabkan cara Zuwainah memulakan cerpennya sudah menimbulkan saspens dan tanda tanya akan siapakah orang yang begitu mengambil perhatian 'Aku'.

Pembaca tersasar kerana watak nenek tua itu rupa-rupanya merupakan satu adegan yang tidak ada kaitan dengan 'Aku' seterusnya. Ia seperti awan yang berarak lalu kemudian hilang dan dilupakan begitu sahaja. Ia meninggalkan satu kesan lain yang tidak terjawab.

Apa yang memburukkan lagi, watak nenek tua itu masih tebal dalam ingatan dan membuat pembaca masih tertanya-tanya ke mana menghilangnya orang tua itu dan mengapa watak itu dipadamkan begitu sahaja, walhal dia dijangkakan mempersembahkan satu lanjutan yang dinanti-nantikan.

Seyogia diingatkan bahawa ketidaktepatan dalam penggunaan kata-kata atau ungkapan boleh menyebabkan keleliruan dan tidak kurang melonggarkan jalan cerita. Dan sudah tentulah ia tidak akan meninggalkan kesan yang meyakinkan kepada pembaca.

Saya petik ayat: 'Hatiku syahdu.'
Perkataan 'syahdu' membawa erti mulia, elok, cantik ataupun manis. Saya rasa lebih tepat dalam keadaan watak 'Aku' merenung nenek tua, hatinya 'sayu' atau 'terusik', bukan 'syahdu'. Kalau Zuwainah ingin melukiskan malam atau suasana, maka 'syahdu' akan lebih tepat.
Begitu juga dengan perkataan 'berlegar-legar' dalam ayat, saya turunkan: 'Mataku berlegar-legar mencari sudut untuk kutunaikan solat sunat tawaf.'
'Berlegar-legar' membawa erti bergerak berkeliling, atau berpusing-pusing selalu. Adalah tepat jika ditulis Zuwainah begini: 'Mataku liar mencari-cari tempat untuk kutunaikan solat sunat tawaf.'
Zuwainah yang banyak merintih dan merayu menerusi watak 'Aku' dilihat banyak mengulang luahan rasa dalam penceritaannya. Spontan, ia membazirkan kata-kata lalu menjadikan luahan atau pernyataannya itu tidak kuat dan hilang nilai estetika nya.
Ikuti petikan ini: 'Aku merayu lagi. Minta diampuni, minta dikasihi. Aku yakin sekali Allah Maha Pemberi. Pasti Dia tidak menghampakan. Aku merayu lagi. Minta dimaafi, minta ditunjuki. Aku yakin sekali Allah Maha Pengasih. Pasti Dia tidak akan meninggalkanku sendiri. Aku merayu lagi. Minta ditenangkan, minta dirahmati. Aku yakin sekali Allah Maha Pemurah. Pasti kasih sayang-Nya mencurah-curah.'
Perkataan-perkataan 'merayu', 'diampuni', 'dimaafi', 'yakin', 'minta' kerap diulang-ulang. Tidak dinafikan pengulangan kata-kata boleh berfungsi sebagai penekanan dan melahirkan keberkesanan dan keindahan tetapi bukan cara begini yang sebenarnya membawa maksud yang sama dan boleh diperkemaskan dengan begini, saya sarankan:
Seperkara yang harus diambil perhatian ialah watak 'Aku' digambarkan sedang bertafakur di Rumah Allah. 'Tafakur' membawa erti memikirkan sesuatu dengan sungguh-sungguh dan di sini sudah tentulah tiada lain selain hal agama yang berkaitan dengan kebesaran Tuhan.
Tetapi pembaca dibawa Zuwainah ke masa-masa lalu dalam bentuk imbas balik, di mana 'Aku' teringatkan kegagalannya mencari pekerjaan yang sesuai dengannya sekembalinya dari melanjutkan pelajarannya di luar negara dan adegan-adegan susulannya yang menyebabkan 'Aku' berasa berdosa dan bersalah kerana tidak menyedari akan hikmah di sebalik kegagalan pada peringkat awal dalam usaha mencari pekerjaan yang sesuai dengan jiwanya.
Oleh kerana ketidaktepatan erti 'bertafakur' dan ketersasaran maksud kepada fikiran pembaca, maka cerpen LIMR ini meninggalkan kesan yang tidak meyakinkan.

Zuwainah boleh mengatasi perkara ini dengan menggunakan teknik berepisod, iaitu pada episod awal, lukiskan adegan pertemuan watak 'Aku' atau nenek tua dalam masjid.
Ceritakan bagaimana pengalaman yang pernah dilalui orang tua itu pada masa muda-mudanya dahulu meninggalkan kesan di jiwa 'Aku'.

Kemudian dalam episod seterusnya, gunakan teknik imbas balik, membawa pembaca ke masa-masa lalu 'Aku' mencari pekerjaan yang sesuai dan adegan di mana 'Aku' terpaksa mengambil jurusan pelajaran yang tidak disenanginya dahulu.

Saya rasa dengan cara ini, lambaian yang menggamit rindu 'Aku' untuk menunaikan haji dalam membersihkan jiwanya akan lebih berkesan dan meyakinkan.